Tema: Kes Jenayah, Pemburu, Budaya
Sarawak
Genre: Aksi & misteri
Konsep Penceritaan: Novel/komik
Logline: Kisah Amir Naga melatih
seorang budak Iban sebagai pemburu bertema buaya
Sinopsis
Amir Naga dan The Virex melalui misi
di Sarawak untuk menyiasat aktiviti jenayah di batang Lupar. Tiba-tiba, bot
mereka diserang buaya besar dan hampir membaham anggota mereka. Amir Naga mengalih perhatian buaya itu ke
arah daratan demi keselamatan anggotanya. Amir Naga ternampak seorang budak
Iban bernama Siman memegang tombak di kawasan sungai. Dengan itu, Amir Naga dan
Siman bekerjasama untuk membunuh buaya itu. Disitulah Amir Naga melatih Siman
kerana Semangatnya.
Keterangan
The virex menyiasat kes jenayah
penjualan organ haram di sarawak dan menjadi masalahnya di manakah badan mangsa?
Ia di dalam kawasan batang lupar di mana kisah lagenda Bujang Senang. Selain
itu, Amir naga ingin mencari ahli baru dan kebetulan siman, budak iban yang
telah dianggap mati sedang memburu buaya semasa Amir Naga bertarung dengan
buaya. Amir Naga menyaksikan keberanian budak iban membunuh buaya dan itulah
sebab The Virex mengambil beliau sebagai ahli baru dengan gelaran ejen Hunter.
Latar belakang keluarga Siman
Siman dan keluarga diberi penghormatan oleh sekutu dayak kerana seorang shaman telah meramalkan bahawa wujudnya seorang laki-laki akan digelar sebagai Bujang Penan, bermaksud pahlawan/pemburu yang hebat. Beliau juga meramalkan seseorang daripada mereka akan dengki dan buat apa-apa sahaja untuk mendapat penghormatan itu. Itulah Nanang, adik bapa saudara Siman kerana cemburu kepada abangnya sendiri. Mereka berdua dilatih dan bertempur dan diantara mereka akan di bagi tradisi penghormatan. Apabila nanang tewas, itulah sebab beliau berdendam. Siman budak yang lemah kerana tidak mampu mengangkat senjata tetapi ayahnya tidak pernah berputus asa untuk melatihnya, beliau percaya kepada anaknya. Itulah Nanang dengan kejamnya, membuat jenayah menjual organ supaya mereka melihat kewujudan buaya mengganas lagi dan membunuh ahli keluarga Siman. Nanang juga menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan musuh.
Kebetulan, Siman diselamatkan oleh Shaman.
Siman percaya yang buaya bujang senang telah baham keluarganya yang diceritakan
oleh Shaman. Ini kerana Beliau meramalkan Siman akan menjadi Bujang Penan bukan
itu sahaja, kerana Siman akan berjumpa dengan pahlawan yang hebat iaitu Amir
Naga sebagai guru tempur apabila mereka bertarung dengan buaya.
Amir Naga
-
Ketua
The Virex
-
Sukarela
melatih Siman sebagai Pemburu Buaya Iban.
-
Berani
dan berkemampuan tinggi.
Siman
-
Budak
Iban berumur 18 tahun
-
Bermusuh/dendam
dengan buaya akibat kematian keluarganya.
-
Mempelajari
apa yang adil sebagai Iban.
Nanang
-
Ketua
penjual organ haram.
-
Berotot
dan bapa saudara kepada Siman.
-
Taksub
dengan ilmu hitam demi kekuatan dalaman
-
Beliau
memerangkap buaya besar sebagai simpanan untuk menghapuskan badan-badan mangsa.
Storypoint
1. Pengenalan
The
virex mendapati tahu jenayah penjual organ di kawasan Sarawak dalam Batang
Lupar dan terus menyiasat di sana. Di kampung Batang Lupar, beberapa kes
budak-budak hilang kerana dipercayai mati dibaham oleh buaya dan ada kepastian berkait
dengan jenayah di situ.
2. Permasalahan
The
Virex mula berhijrah ke Sarawak dengan menaiki bot di kawasan Batang Lupar. Tiba-tiba,
bot mereka diserang oleh seekor buaya besar dan mula membaham bot. Untuk alih
perhatian, Amir Naga berenang ke dasar supaya buaya itu mengikutnya. disitulah mana beliau terjumpa Siman (budak iban hilang yang disebut dalam berita) memegang
tombak. Dengan itu mereka bekerjasama untuk bertarung dengan buaya itu. Akhirnya,
mereka berjaya membunuh buaya itu di bahagian mata.
3. Konflik
The
Virex dibawa ke rumah Iban kerana dipercayai membunuh buaya. Amir Naga dengan
terus terang, mengatakan Siman yang membunuh buaya itu. Seorang Shaman
berbincang mengenai ramalannya bahawa Siman akan menjadi pemburu di sekutu
dayak ini. Itulah sebab, Amir Naga dengan sukarela ingin melatih Siman.
4.
Penyelesaian
Amir Naga dan Siman sudah berlatih selama sebulan dan sebelum akhirnya latihan itu, Siman diuji dengan kekuatan mental dengan melalui membuat perkara adil terhadap dendamannya. Selain itu, Virex mendapati tahu adik perempuan Siman masih hidup dengan budak-budak yang hilang. Oleh itu, mereka melakukan operasi di mana tempat selama ini disiasat. Cuma, Siman tidak dapat mengikut operasi ini selagi tidak dapat melalui ujian mentalnya. Siman diarah untuk melihat segala siasatan mengenai kes buaya. Siman dengan terkejut, melihat bukti-bukti siasatan itu kerana mempelajari buaya bukan sebab keluarganya dibunuh. Bermaksud, the Virex akan memasuki perangkap.
5.
Klimaks
Virex terjumpa ketua jenayah bernama Nanang bersama kuncu-kuncu dan telah memasuki perangkap secara diramalkan. Amir Naga di bawa ke Nanang untuk bertarung. Dengan terjahnya, Siman mencari senjata untuk membantu. Tiba-tiba, terjumpa surat Amir Naga mengatakan senjata dan perisainya sudah siap untuk bertempur. Dengan bangganya, Beliau tersenyum. Nanang dengan berlagaknya mengatakan inilah tempat di mana kemautan Virex selepas mengalahkan Amir Naga. Dengan kejutan, berlaku huru-hara di luar, kuncu-kuncunya terpelanting ke dinding. Muncul seorang pahlawan iban berbaju dan bertopeng buaya. Mempunyai dua pedang berbentuk tombak dan sebelah tangannya ada terabai iban berkulit buaya dengan cakaran yang tajam. Lagi dahsyat, pahlawan itu mampu menumpas dan membunuh musuh dengan satu daya tolakan sahaja. Itulah Siman pemburu Buaya Iban. Walau bagaimanapun ia belum akhir lagi, peperangan Virex dan Nanang baru sahaja bermula. Dengan pantas kilat, Siman sempat menyelamatkan adiknya dan budak-budak iban dari dibaham buaya. Beliau sempat memerengkapnya dengan batu-batu di dinding. Akhirnya, Amir Naga dan Siman berjaya membunuh Nanang dengan teknik tempuran pertama mereka dan badannya ditolak ke dalam sungai oleh Siman dan dibaham oleh buaya.
Penutup
Siman
tidak sanggup mumbunuh buaya itu kerana menjadi buaya simpanan. Maka The Virex
melepaskannya secara membawa buaya itu ke sungai selepas menembak peluru
pengsan. Amir Naga bangga dengan Siman lalu meminta penduduk batang lupar
membuat penghormatan kepada Siman sebagai Bujang Penan dan dilantik sebagai
ejen Hunter.
Penyelesaian
Siman digelar sebagai Bujang Penan
tetapi beliau tidak diperlukan membuat aktiviti buruan kerana udang-udang Akta
pemeliharaan. Dengan besar hati, Siman dijadikan ejen Hunter dalam anggota The
Virex. Beliau mengharapkan tiada lagi jenayah di kampung halamannya selama
menjalani operasi mereka supaya kebebasan jenayah akan menanti.

No comments:
Post a Comment